AZAMLIS DANIAL berdiri di hadapan bangunan Kolej
Antarabangsa PRIMA. Memerhatikan air terjun buatan yang mengalir perlahan. Desirannya
menjadikan dia rindu. Iza... Air matanya bergenang.
“Kalau
kita dah betul-betul kaya, kita tolong anak yatim ya, abang,” kata si isteri dengan manja suatu hari.
“Tak
perlu tunggu kaya, sayang. Sekarang pun boleh,” jawab Azamlis Danial
memerhatikannya bermain air di tepi tasik di Taman Bukit Jalil.
“Yalah.
Tapi sekarang kita boleh bagipun ciput
aje...” jawabnya lagi. Sesekali mata cantiknya melirik pada si suami.
Syafiza,
isterinya. Memang berfikir mudah untuk banyak perkara di dunia ini. Dan
menyulitkannya kepada banyak perkara yang lain. Tanpa mu... Iza, sepinya hati abang.
Tak sabar untuk menunggumu bangkit dari lena. Itu kata hati yang menyelirat di
jiwa.
“ENCIK Azam, maaf saya terlambat 15 minit,”
ucap Lia Zulaikha perlahan bersopan. Memutuskan renungan penuh pengharapan
Azamlis Danial. Hilang keseriusan gadis itu di Hotel The Legend tadi.
“It’s okay. So, I am
here now. What should I see?”
soal Azamlis Danial. Keras kejung suaranya menutup kesyahduan sesaat tadi.
“Okay, follow me!” ajak Lia Zulaikha. “Keseluruhan
blok bangunan besar ini, kami sewa. Ia terdiri dari dua buah blok bangunan yang
mempunyai 7 tingkat setiap satu. Kami gunakan satu blok untuk akademik dan satu
blok untuk kemahiran. Hanya tingkat bawah sahaja yang bersambung menjadi satu
kawasan luas.
Dari
tingkat pertama hingga ke enam, tiada ruang penyambungan antara dua buah blok.
Maka, kita ada dua buah lif. Jika Encik Azam berada di bangunan PIC dan saya di
PTC, kita hanya boleh berjumpa jika Encik Azam dan saya sama-sama turun ke
bawah. Atau, saya turun dari bangunan PTC dan naik ke tingkat di mana Encik
Azam berada di PIC. Begitulah juga sebaliknya. Kami tak cadang nak pindah dari
sini sebab kos renovation.
Tingkat
bawah adalah satu ruang kosong yang besar. Pada awal penubuhan, kami buat renovation, untuk letakkan kaunter perkhidmatan
pelajar di sebelah kiri. Semua pelajar akademik dan pelatih kemahiran boleh
mendapatkan maklumat atau bantuan tentang apa sahaja dari kaunter perkhidmatan.
Ada ruang dan pentas kecil di belakang. Boleh muat dalam 100 orang. Di sebelah
kiri pula, kita ada kafe untuk pelajar.”
Azamlis
Danial diam. Langkahannya sengaja dipantaskan. Dia mahu cepat. Ingatannya pada
Syafiza buat dia ingin lekas pulang. Namun sempat juga, dia mengerling ke arah dokumen
maklumat di tangan Lia Zulaikha.
“Hostel
pelajar pun dah cukup dekat. Kami sewakan unit di shop apartment lebih
kurang 1.5 KM dari kampus ini. Kita sediakan bas untuk ulang alik. Fasiliti
awam adalah superb. Ia terletak di
sempadan Kuala Lumpur dan Selangor. Ada padang dan swimming pool DBKL yang boleh kita sewa at anytime. Masjid dekat. Ada banyak taman perumahan di sekeliling
memudahkan staf mencari rumah sewa. Dekat dengan sekolah menengah dan rendah.
Tadika dan taska juga banyak. Lovely
place for everybody,” sambung Lia
Zulaikha.
“Kenapa
ada dua blok? Bagi saya, jika dah tahu fund
tak cukup, kenapa tak let go salah
satu blok?” soal Azamlis Danial.
“Firstly, Kolej Akademik dan Pusat Latihan Kemahiran
tidak boleh berkongsi premis. Second,
arwah abah percaya akademik dan kemahiran mesti saling melengkapi. Ibarat
Petronas Twin Towers, ada skybridge,
saling menyokong. Tiada guna negara ada ramai engineer, tapi tak ada juruteknik. Lagipun, kami ada perjanjian
dengan dua kementerian untuk menjalankan program kemahiran kepada golongan
sasaran yang mereka pilih. Perjanjian itu tamat tiga tahun lagi. Kuota yang
kami dapat dari pihak pembiaya pun untuk tahun hadapan pun, ALHAMDULILLAH. Yang
paling penting, lokasi yang baik dan sewa bangunan ini sangat berpatutan,” jawabnya.
“Katalah,
yang awak rancang memang menjadi. Ruang dah tak cukup... Nak buat macamana?”
pancing Azamlis Danial. Saja ingin menguji kebijaksanaan gadis itu. Dia tidak
lupa semua nombor yang tercatat di di dalam proposal gadis itu.
Gadis
ini tersenyum. Lantas berkata, “Saya akan pindahkan team kemahiran ke mana-mana blok baru. Saya akan jadikan
keseluruhan bangunan ini sebagai kampus PIC. Saya terpaksa lakukan jika pelajar
sepenuh masa PIC sudah mencecah 3,500 nanti.”
“Base on
apa awak buat jangkaan tu?”
“I didn’t pluck the figure from the sky! I
ada premise consumption calculation
system... Dengan bantuan Encik Azam dan kerja keras team, tak mustahil untuk kita capai figure itu dalam tempoh tiga tahun. Insya-ALLAH!”
Azamlis
Danial menelan air liur. Budak ini tidak gila! Dia ada imiginasi yang kuat,
tahu apa nak buat dan gerak hati yang baik sebagai seorang ahli perniagaan. Well! Itu penilaiannya setakat ini. Atau
dia mungkin juga kaki berangan???
“Sebelum
kita naik, saya nak Encik Azam tengok kawasan sebelah kiri blok PIC.” Lia
Zulaikha berjalan masuk ke kafe dan terus menuju ke bahagian tepi blok
tersebut.
“Di
tepi blok ini ada kawasan parking yang luas. Sebenarnya, kedudukan bangunan ini
tinggi sedikit dari kawasan perumahan dan kemudahan sekitar. Kita berada di
lereng bukit. Namanya Bukit Emas! Sebab itu tempat ini dinamakan Bandar Emas!
Golden City! Kawasan ini yang dibangunkan terlebih dahulu. Sebab itu, sewanya
murah sikit.” sambungnya dengan bersungguh-sungguh. “Saya dan semua staf di
sini akan usahakan agar PIC akan jadi lambang kemegahan Golden City suatu hari
nanti!”
Gadis
ini berani, fikir Azamlis Danial. Baru berusia suku abad, tapi sudah begini
berani. Ah! Wajar untuk dia mengkagumi ciptaan ALLAH ini.
Lelaki
itu hanya diam. Otaknya berputar ligat. Mencari X-factor. Merasai Zen dan aura yang boleh membantunya membuat
keputusan. Kalaulah Syafiza ada di sisi, semuanya pasti akan menjadi mudah. Dia
menyandarkan tubuh ke hadapan pada palang besi di koridor. Matanya yang memandang
jauh buat dia terkenangkan Syafiza.
“Kenapa
Iza buat macam tu?” tegur Azamlis Danial pada Syafiza.
Tak
fokus! Tak fokus! Itulah masalah isterinya. Sudah dipesan, hanya isterinya yang
perlu menonjolkan diri dalam urusan jual beli rumah mereka. Jika agen hartanah mereka
tahu jawatan dan nama syarikatnya, pasti mereka tidak dapat harga yang terbaik
untuk rumah tersebut.
“Followlah apa yang kita dah rancang. Iza
ni ada sikap memberontak tau. Lupa diri cepat sangat,” kata Azamlis Danial
lagi.
Dan
Syafiza, seperti biasa, hanya membatu.
“Ego!”
sambungnya perlahan.
“Iza
tak!” jerit Syafiza.
Itu
yang Azamlis Danial rindukan kini. Maka, dia ingin membetulkan kenyataannya
sebelum ini. Kalaulah Syafiza ada, semuanya pasti akan jadi excited. Itu sebenarnya.
“Encik
Azam! Okey tak?” tanya Lia Zulaikha memecah suasana.
Azamlis
Danial mengangguk tanpa menoleh. Dahinya berkerut-kerut menyembunyikan apa di
fikiran. Langkah Lia Zulaikha diturutinya perlahan.
LIA ZULAIKHA kerap memerhatikan Azamlis Danial
dengan penuh bersemangat. Mesti Encik Azam tengah fikir pasal PIC! Berkerut-kerut
dahinya. Yalah, aku minta pun banyak. Itu bisik hatinya. “Bagaimana?” tanya Lia
Zulaikha di dalam lif.
“Okey!
Physically,” jawab Azamlis Danial
ringkas.
“Kita
naik ke tingkat enam dulu untuk PIC. Di situ ada pejabat korporat, bilik mesyuarat,
bilik staf Admin, Akaun dan HR, pantry
dan surau staff.”
Azamlis
Danial mengikut sahaja Lia Zulaikha meneroka premis PIC yang sunyi sepi.
Maklum, ruang luas, pelajar pula hanya 75 orang.
“Then, di tingkat lima, kita ada perpustakaan,
bilik bacaan, bilik Unit Peperiksaan dan bilik kebal kertas soalan serta bilik pensyarah.
Semua pensyarah kami tempatkan di sini.”
Lelaki
ini hanya melihat dengan teliti. Banyak perabot yang tersusun kemas. Terlalu
kemas seperti tidak digunakan. “Bangunan ini ada CF tak?”
“Ada!
Sijil Bomba dan surat kelulusan Jabatan kesihatan MPSJ semua dah lengkap. Kami
ada Sijil Perakuan Pendaftaran selama 5 tahun. Itu Encik Azam jangan risau,” jawab
Lia Zulaikha.
Sampai
di satu sudut, Azamlis Danial berdiri di tingkap berkaca yang menghalakan
pandangan si pemerhati ke kawasan sekitar. Indahnya! Sungguh memberi inspirasi.
Jika waktu malam pasti lebih cantik. Di muka bumi lampu menerangi kawasan
kediaman dan jalanraya. Di langit pula bintang menghiasi dengan cahaya
berkelip-kelip.
Ingatannya
pada Syafiza muncul lagi.
“Abang,
Iza teringin nak naik belon panas. Nak lalu atas rumah yang banyak-banyak.
Waktu malam pulak tu. Mesti best ada
banyak lampu!” kata Syafiza ketika mereka di dalam penerbangan ke Medan.
Syafiza cukup suka duduk di tepi tingkap. Dan tentunya Azamlis Danial terpaksa
mengalah. Namun keterujaan Syafiza hanya bertahan 15 minit ketika di awan biru.
Dia akan mula mendengus dan bernafas berat sepanjang penerbangan kerana mabuk! Pil
elak mabuk juga tidak memberi kesan apa-apa. Akhirnya, dia akan tidur.
Tersenyum
sendirian Azamlis Danial. Syafiza tentu suka pemandangan ini.
“HOW? Pemandangan di sini memang menarik,
kan? Sebab itu kami letakkan bilik bacaan dan perpustakaan di sebelah,” kata Lia
Zulaikha yang berdiri tegak di sisi. Gadis itu memakai kot hitam dengan seluar
labuh yang menyerlahkan keayuannya. Tudung warna jingga itu dipadankan dengan
aksesori rantai tangan dan leher berwarna sama. Bergaya!
“Apa
tindakan awak yang pertama sekali jika saya bersetuju?”
“Sujud
Syukur pada ALLAH!” jawab Lia Zulaikha perlahan.
Azamlis
Danial terdiam. Sesungguhnya bukan itu jawapan yang dia jangkakan. Namun, hati
senang mendengarnya. “Berkenaan kolej?”
“Saya
fokus marketing dan staffing dulu. Bila bilangan pelajar
meningkat, baru saya tumpukan hal lain,” balas Lia Zulaikha yakin.
Itu
sudah cukup melegakan Azamlis Danial. Banyak syarikat Bumiputera yang lingkup
kerana pemasaran yang tidak berkesan dan tidak konsisten. “RM2.5 juta tu banyak
untuk awak pinjam!”
“Saya
tahu! Saya tak nak buat kerja separuh jalan. Saya nak PIC berkembang tanpa ada
halangan dari segi suntikan modal selepas ini. Sebab itu, saya tak minta RM2.5
juta itu, sekali gus. Saya minta berperingkat. Saya anggap itu target point saya... Saya capai sekian banyak students, saya dapat pinjam lagi... then tambah lagi... then
tambah lagi... Saya pun perlukan sesuatu untuk motivasi diri saya... Dan saya
tak nak easy money, you know.” Lia Zulaikha tersenyum apabila
menjelaskannya.
Azamlis
Danial terdiam. Gadis ini percaya pada fair
game sebenarnya. Sekiranya apa-apa
berlaku, dia tidak akan terlalu terikat dengan hutang yang terlampau banyak
secara tiba-tiba dan masalah salah urus modal boleh dielakkan.
Keluar
dari pintu lif di lobi, mereka melepasi pintu ke arah tangga kecemasan. Sekali
lagi Syafiza memanggilnya.
“Iza
suka naik tangga,” kata Syafiza pada Azamlis Danial suatu hari.
“Tak
boleh. Bahaya untuk Iza. Perempuan, pakai kasut tinggi, seksi pula,” pujuk si
suami.
Syafiza
ketawa gembira. Azamlis Danial tahu itu adalah reaksi dari pujiannya.
“Okey,
kalau Iza pakai flat shoes, boleh
naik tangga?” Manja.
“Tak
boleh. Kena naik lif!”
Syafiza
diam. Mengangguk yang sekadar mengangguk. Azamlis Danial tahu subjek ini akan
diperbincangkan lagi. Perempuan ini, tidak pernah ingin berhenti.
SELESAI lawatan, Lia Zulaikha menjemput
Azamlis Danial minum petang di kafe. Mamanya, Puan Rahamah yang menyediakan
juadah. Kesemua staf turut muncul. Sesi pembelajaran yang mereka kendalikan
baru tamat. Azamlis Danial tahu mereka mengharapkan jawapan. Hari ini sudah 15
Disember.
“How, Encik Azam? Apa lagi yang you perlu
untuk membantu kami?” tanya Lia Zulaikha.
“Physically, saya nampak okey. Tapi...” Masih
berkira-kira.
“Tapi
apa?” soal Puan Dira, Pengurus Kemahiran. Dahinya berkerut memerhatikan.
“Saya
perlu tahu sistem.”
“Sistem?”
soal Puan Suria, Pengurus Akademik.
Mendengar
soalan wanita itu buat jelmaan Syafiza datang kembali.
“Sistem,
Syafiza!” jerkah Azamlis Danial agak keras.
Syafiza
membalas, “sistem?”.
“Jangan
buat muka kelat!” sergah si suami.
“Bila
majlis berlangsung, kita tak boleh control
VIP. Kita serahkan tugas itu pada usherer.
Tapi, I paling tak suka usherer yang
lembab. VIP kita akan nampak macam puppet.
Banyak majlis yang kita adakan semuanya fail.
Sebab apa? Sebab you tak percaya pada
sistem,” marah Azamlis Danial hari itu.
Degil betul!
Syafiza
mengangguk tiba-tiba. Tidak seperti selalu. Dia seorang yang cukup suka
melawan. Kali ini dia berkata, “I follow
you!”
Subhanallah!
Alhamdulillah! Perkataan itu disebut Azamlis Danial di hadapan lima orang staf mereka
yang lain. Berubahkah Syafiza? Semoga ALLAH mengizinkannya untuk terus
istiqamah.
“Sistem?
Sistem apa?” soal Lia Zulaikha pula memecah kesunyian.
“System on how you run
this college autopilot,” jawab
Azamlis Danial. Dia merasai yang Lia Zulaikha tidak memahaminya. Tapi dia yakin,
Syafizanya tahu tentang apa maksudnya.
PUAN RAHAMAH memerhatikan anaknya yang banyak diam
malam ini. TV yang dihidupkan tidak menarik perhatian Lia Zulaikha. Dia berdiri
sendirian di balkoni bilik bacaan merenung ke awan.
“Lia!
Macamana agaknya ya?” soal si ibu ingin mengetahui hasil lawatan Azamlis Danial
pertang tadi.
Lia
Zulaikha menoleh. Dia tersenyum tawar lalu mengangkat bahu. “Maaf, mama. Lia
tak tahu…” Memikirkan semula apa yang berlaku petang tadi, fikirannya buntu.
Azamlis Danial seperti berminat, tapi, jiwanya dingin. Hingga Lia Zulaikha
tidak dapat menjangka kebarangkalian kejayaannya.
“Kenapa?”
“Lia
rasa dia suka… Tapi, otaknya macam bukan dengan dia… Macam fikir pasal hal
lain.”
“Dua
juta tu banyak…”
“Lia
tahu, ma. Sebab itu, Lia kata Lia tak tahu…”
JAUH di Vila Impiana. Azamlis Danial juga bersendirian di balkoni.
Juga melihat bintang. Vila itu sunyi sepi. Memandangkan malam ini dia berada di
sini, dia mengambil kesempatan berbual dengan Syafiza. Setiap waktu, Syafiza
ada di sisinya.
“Abang
nak kopi atau susu kambing?” tanya Syafiza
“Susu
kambing sejuk ya.”
“Baik,
bos.”
Sejurus
itu, Azamlis Danial terdengar tapak kaki si isteri pantas berlari menuruni
tangga. “Jangan lari, nanti jatuh!” jerit Azamlis Danial agak kuat.
Terdengar
suara Syafiza tertawa. Nakal! Lelaki itu tahu isterinya sengaja berlari.
Sengaja ingin menarik perhatiannya.
“Iza,
Iza rasa abang suami yang adil tak?” tanya Azamlis Danial sebaik si isteri
kembali di sisi. Hanya bersama berdua. Susu kambing sejuk, nyaman dihirupnya.
Syafiza
senyum. Sambil memperbetulkan tudungnya, dia menjawab, “Penilaian Iza sebagai
manusia, abang seorang suami yang adil. Semoga begitu jua penilaian ALLAH.”
“So, boleh abang kahwin lagi?” tanya
Azamlis Danial berwajah serius.
Syafiza
diam. Boleh dirasa aura hangatnya merubah suasana.
“Kenapa
diam?” Ah! Lelaki ini sudah tahu jawapannya.
Dan
Syafiza memang akan kalah bab ini. Emosinya akan mula merajai hati. Maka,
Azamlis Danial menyembunyikan senyumannya di dalam kekelaman malam.
“S.A.K.K.A!”
jawab Syafiza tiba-tiba.
“Hah!”
sambut Azamlis terperanjat. She is really
clever. She diverts her feeling by using acronym puzzle. New things, desis
hati lelaki ini.
“Saja
aje kacau-kacau adik!” jeritnya
kecil. Itu membuatkan si suami tergelak.
“Ya, adik. Abang memang saja aje
nak kacau-kacau adik,” jawab Azamlis. Bahagia.
Dan
kini dia menderita bila berjauhan dari isterinya. Pantas pintu ditutup dan
dikunci. Azamlis mencapai kunci di atas meja lalu keluar dari vila mewahnya.
Dia ingin mengubat jiwanya yang sengsara.
DUA hari selepas itu. Azamlis Danial muncul di ADICap.
“Zalina,
serahkan cek dan surat ini kepada Cik Lia Zulaikha. Pastikan sampai ke tangan
dia hari ini juga. Ini list syarat
saya. Minta Suhaili jumpa dia untuk check
kontrak.” Semua dokumen yang patut, Azamlis Danial serahkan pada Zalina. Kemudian,
dia menyambung tanya, “Awak nak kirim apa-apa?”
Lelaki
itu tidak boleh lama. Isterinya, Mawarni dan anaknya, Irfan Helmi sudah dalam
perjalanan ke KLIA. Mereka akan melancong selama seminggu ke Jepun.
“Tak
ada apa-apa, bos. Selamat pergi! Selamat balik!” ucap Zalina sambil membelek
sampul surat yang diterimanya. “Kereta dah tunggu di bawah.”
“Saya
singgah untuk jumpa Syafiza sebelum bertolak,” maklum Azamlis Danial.
“Bos
nak saya tolong tengok Puan Syafiza?”
“Of course, bawakan buku yang saya beli. Please bacakan untuk dia. Temankan dia
ikut tarikh ini...” kata Azamlis Danial sambil menyerahkan sehelai kertas nota.
Zalina
mengangguk sambil membelek tugas tambahannya.
Bila bosnya keluar negara bersama keluarga, dia yang akan menemankan Syafiza. Ya,
Azamlis Danial memiliki dua orang isteri. Yang pertama Mawarni dan yang kedua
Syafiza. Bagi Zalina, itu rezeki dan tanggungjawab bosnya. Rezeki kerana
kebahagiaan yang ALLAH kurniakan berlipat kali ganda. Tanggungjawab kerana dia
wajib mendidik seorang mualaf tentang Islam yang indah. Dan ya! Syafiza Hew
Abdullah adalah seorang mualaf. Semoga sampai ke Syurga hendaknya.
4/24/2013 02:23:00 am |
Category:
Novel 1 : IC - Bab 03
|
0
comments
Comments (0)